Site Loader

KELAS MATEMATIK ONLINE
TAHUN 3 SEHINGGA TINGKATAN 5

Bantu anak anda KUASAI MATEMATIK dan elakkan anak KETINGGALAN tanpa perlu anda MENGAJAR SENDIRI

Bina daya ingatan dan keyakinan anak anda terhadap matematik dengan menggunakan pendekatan yang betul

Pintar Zone ialah...

Rebranding daripada Syoknya Study. Pintar Zone merupakan kelas matematik online yang membantu ibubapa yang risau anak mereka ketinggalan dalam pelajaran untuk mendapat pencapaian matematik yang lebih baik. 

Tidak seperti kelas matematik online yang lain, Pintar Zone memberi plan pembelajaran matematik yang lengkap selain kelas mingguan.

PARA IBU BAPA SEKALIAN...

Nak anak kuasai matematik tapi anda hadapi situasi ini?

Tak ada kelas matematik yang sesuai dan berkesan untuk anak

Tak sempat nak hantar anak ke pusat tuisyen sebab sibuk dan jalan jem

Tak tau macam mana nak ajar anak sebab tak jelas dengan silibus terkini

Rasa kurang sabar dengan kerenah anak semasa nak ajar anak

pengalaman bermakna untuk anak anda

Apa yang anak anda akan rasai apabila menyertai kelas ini?

01

Plan pembelajaran matematik yang terancang dan lengkap

Anak anda tak hanya belajar di kelas mingguan malah ada program serta latihan intensif khas yang membuatkan pemahamannya pada matematik akan jadi semakin menyeluruh dan soalan-soalan susah akan jadi semakin senang untuk anak fahami. Pintar Zone menjadikan proses menjawab soalan sesusah mana pun menjadi semakin mudah!

02

Sistem pengurusan kelas yang kemas dan tersusun

Kelas Matematik Online Pintar Zone ada sistem pengurusan kelas yang tersusun supaya ibubapa takkan ketinggalan apa-apa info penting berkenaan kelas. Anak anda dapat sertai setiap kelas dengan lancar dan seterusnya penguasaan anak dalam matematik akan semakin baik. Tingkatkan minat dan keyakinan anak dengan Kelas Matematik Online Pintar Zone.

03

Boleh tanya soalan di luar kelas semasa menonton kelas rakaman

Kelas Matematik Online Pintar Zone memberi ruang untuk anak anda bertanya soalan di luar kelas semasa menonton kelas rakaman agar boleh mengulangkaji dengan berkesan pada bila-bila masa. Jadi, anak tak ketinggalan dan motivasi dirinya akan menjadi semakin tinggi. Kelas Matematik Online Pintar Zone membawa ceria dan gembira untuk anak anda!

04

Ada ujian dan homework yang disediakan bagi setiap sesi kelas

Ada ujian dan homework bagi setiap kelas yang membolehkan anak anda faham dengan lebih baik topik untuk kelas hari tu. Ini memudahkan anak untuk fahami topik seterusnya. Kelas Matematik Online Pintar Zone memberikan rasa senang dalam diri anak anda untuk menjawab soalan ujian serta latihan di sekolah supaya anak dapat pencapaian matematik yang hebat!

Gabungan semua ini menjadikan kelas ini sangat efektif untuk anak anda!

Alhamdulillah. Anak bagitau seronok belajar dengan Pintar Zone. Mudah faham. Semangat je dia nak masuk kelas. Thank you very much.
Puan Mahani Mohamad
Guru tadika
Shah Alam, Selangor
Alhamdulillah, nampak ada peningkatan. Kalau dulu memang selalu tak lulus. Tapi sekarang dah dapat 50% ke atas. Anak semakin minat subjek matematik.
Puan Raja Rohanita Raja Talib
Jururawat
Kota Bharu, Kelantan

Rencana pembelajaran, latihan intensif tambahan, program intensif​

Rancana pembelajaran, latihan intensif dan program intensif ini ialah perkara yang dijalankan di luar waktu kelas mingguan tanpa sebarang cas tambahan. Semua pelajar aktif Pintar Zone dapat keistimewaan ini.

Akses portal​

Setiap langganan kelas bulanan, ibubapa akan menerima akses portal. Akses portal ini tiada cas tambahan dan memudahkan ibubapa memantau anak mereka di kelas ini. Akses portal ini berbentuk aplikasi di telefon bimbit.​

Apa Yang Terkandung Di Dalam Kelas Ini?

Sesi kelas 2jam, 1 sesi seminggu

Durasi kelas bukan 1 jam, bukan 1 jam 30 minit tetapi 2 jam. Matemarik sememangnya memerlukan latihan intensif. Risau anak tak dapat fokus lama? Kami ada kaedah yang digunakan untuk mengekalkan fokus anak anda. Ramai pelajar-pelajar kami dapat kekalkan fokus dan seterusnya bertambah cemerlang dalam matematik.

Laporan kelas

Bersama akses portal yang diberikan. Ibubapa akan menerima laporan kelas bagi setiap kelas yang berjalan. Dengan ini, ibubapa tak perlu tertanya-tanya apa yang anak dah belajar di kelas ini. Lebih mudah nak pantau tahap pencapaian anak.

Suasana Kelas Matematik Online Pintar Zone

KEMAMPUAN KAMI

Apa yang membuatkan kami mampu membantu anak anda?

Pengalaman pendidik

Pembina brand Pintar Zone sendiri merupakan seorang pendidik sebelum ini. Ini menjadikan mereka amat memahami apa yang diperlukan oleh pelajar dan ibubapa.

Pengalaman lebih 3 tahun

Kami berpengalaman lebih 3 tahun dalam mengendalikan kelas matematik secara online. Ini membuatkan kami telah pun mencuba pelbagai kaedah sebelum ini.

Tutor yang terpilih

Tutor yang tepat diperlukan bagi membimbing pelajar-pelajar Pintar Zone dengan baik. Pemilihan tutor dijalankan dengan kaedah yang terbukti

Team yang lengkap

Sistem yang tersusun bukan saja memudahkan urusan berkaitan pembelajaran, malah membantu pelajar.

Alhamdulillah nampak peningkatan. Sebelum ni anak tak boleh menyelesaikan masalah matematik yang dalam bentuk ayat, tapi sekarang anak saya dah boleh faham cara untuk selesaikan. Satu lagi saya dah nampak anak saya lebih suka & yakin untuk subjek Matematik. Terima kasih.

Puan Norhidayah Md Nahraw

Muar, Johor

Semak jadual kelas untuk anak anda

Langkah demi langkah cara menyertai kelas ini

Langkah 1

Semak jadual kelas dan kenalpasti kelas pilihan anda.

Langkah 2

Buat pembayaran yuran bulanan mengikut kelas pilihan.

Langkah 3

Isi maklumat pendaftaran pelajar selengkapnya.

Langkah 4

Tunggu admin hubungi untuk mengesahkan pendaftaran anda.

Lagi maklumbalas
ibubapa yang kami terima

Saya kerap kali dengar anak bagitau semasa sedang join kelas yang cara cikgu mengajar lebih mudah.

5/5

Puan Suharni Mohd Zain

Pekerja LPPKN Kelantan
Kota Bharu, Kelantan

Harga ok tiada masalah. Anak pun ada peningkatan pemahaman. Markah pun semakin baik.

5/5

Puan Norliza Mohd Musa

Guru
Kulai, Johor

Perkembangan positif. Result exam anak dapat B berbanding sebelumnya. InsyaAllah soon will get better.

5/5

Puan Nor Haida Abdul Manaf

Surirumah
Pekan, Pahang

Berapa yuran bagi kelas ini?

RM80/ Bulan

Tahun 3, 4, 5, 6

  • Yuran pendaftaran RM50
  • Kelas satu sesi seminggu
  • Setiap sesi 2 jam kelas

RM90/ Bulan

Tingkatan 1, 2, 3

  • Yuran pendaftaran RM50
  • Kelas satu sesi seminggu
  • Setiap sesi 2 jam kelas

RM100/ Bulan

Tingkatan 4, 5

  • Yuran pendaftaran RM50
  • Kelas satu sesi seminggu
  • Setiap sesi 2 jam kelas

Jika anak anda mula menyertai kelas di tengah bulan, kiraan yuran tetap sama. Kelas rakaman dan homework dari kelas yang dah terlepas untuk bulan itu akan diberikan. Pelajar dinasihatkan untuk menonton kelas rakaman ini dan melakukan homework yang diberikan. Pelajar tetap boleh bertanya soalan apabila menonton kelas rakaman tersebut. Caranya akan dikongsi selepas anak anda menyertai kami!

Alhamdulillah nampak improvement. Anak pun okay dengan kelas dua jam tu tanpa rasa boring. Harga so far affordable dan berpatutan untuk kelas dua jam setiap minggu.
Puan Nik Nuraida Shazlin Nik Lah
Guru matematik
Seremban, Neg Sembilan
Harga kelas ini pada pendapat saya berpatutan. Dengan masa dan durasi kelas dua jam. Ditambah pula dengan cara guru mengajar di kelas ini bagus.
Puan Norhedayah Mohd Nordin
Pembantu operasi
Batu Pahat, Johor

Apa kata ibubapa LAGI?

Lagi antara maklumbalas
ibubapa yang kami terima

Alhamdulillah. Kelas ni memang banyak bantu dia. Dia kata apa yang belajar masa kelas online lebih awal daripada belajar kat sekolah jadi masa kat sekolah dia dah ada pendedahan lebih awal dan kefahaman tu lebih. Markah periksa subjek Matematik dia yang lepas dapat no1 dlm kelas. Kebetulan atau rezeki katanya 🤗
Puan Khairunnazwa
Manjung, Perak
Ammar ujian akhir tahun markah Matematik dapat 64%. Satu peningkatan yg baik berbanding sebelum ni dia failed. Apa yang saya nampak, dia mula menguasai cara sifir tanpa hafal. Saya berharap akan semakin maju lagi Ammar selepas ini.
Puan Norlizawati
Puchong, Selangor
Secara keseluruhannya, kelas ini menarik dan interaktif. Pelajar-pelajar diajar dengan teknik-teknik mudah untuk menghafal sifir. Kelas ni merupakan satu alternatif yang baik bagi pelajar-pelajar dan juga bagi para ibu bapa .
Puan Norhana
Kuantan, Pahang
Ada perkara yang anda nak tanya?

Frequently Ask Questions

Kelas ini dijalankan secara online menggunakan platform Zoom. Anak anda akan belajar dengan kelas yang berimpak tinggi ini dalam suasana keselesaan di rumah sendiri.

Yuran bagi kelas ini bermula dengan RM80 untuk sekolah rendah. Semak yuran bagi peringkat Tingkatan di atas.

Jika masuk di tengah bulan, kiraan yuran tetap sama. Kelas rakaman dan homework dari kelas yang dah terlepas untuk bulan itu akan diberikan. Pelajar dinasihatkan untuk menonton kelas rakaman ini dan melakukan homework yang diberikan. Pelajar tetap boleh bertanya soalan apabila menonton kelas rakaman tersebut. Caranya akan dikongsi selepas anak anda menyertai kami!

Kelas ni bukan sekadar kelas sahaja. Kami telah pun membuat plan pembelajaran untuk anak Tuan/Puan merangkumi aktiviti selain kelas. Inilah juga salah satu sebab kenapa ibubapa pelajar Syoknya Study sangat sukakan kelas ini untuk anak mereka. Nak tau lebih lanjut? Klik sini.

Kelas ni untuk anak-anak yang berumur 9 tahun sehingga 17 tahun. Iaitu dari Tahun 3 sehingga Tingkatan 5.

Sangat sesuai. Kami telah merangka dan membina pelan kelas ini bagi membantu pelajar lemah untuk semakin menguasai matematik. Manakala pelajar yang sudah sedia mahir dalam matematik akan bertambah mahir. 

Ya pastinya boleh. Ramai para pelajar kami juga menggunakan handphone semasa menyertai kelas. Jadi kelas boleh dihadiri dari mana-mana tempat pun asalkan ada jaringan internet yang baik.

Jangan bimbang. Video rakaman kelas akan diberikan bagi setiap kelas. Jika ada soalan semasa menonton rakaman kelas, ada cara yang kami sediakan untuk bertanya soalan. Semuanya demi pelajar agar tak ketinggalan dalam pembelajaran walaupun tidak dapat hadiri kelas.

Ya ada. Subjek matematik amat memerlukan latihan bagi meningkatkan pemahaman dalam semua topik. Homework akan diberikan bagi setiap melalui portal pelajar. Tiada caj tambahan untuk portal ini.

Bukan kelas Matematik yang biasa

Beri peluang untuk anak anda merasai pengalaman bersama kami. Teruskan sokongan anda terhadap anak anda dengan klik link dibawah.

Sistem sokongan matematik anak anda

by Pintar Zone